1

1.1 Pendahuluan
Latihan industri merupakan salah satu mendekatan untuk para pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja serta mengimplikasikan pembelajaran mereka sewaktu belajar di sesebuah institusi tersebut. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan berpengalaman yang mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi di Universiti dengan persekitaran kerja. Program Latihan Perindustrian juga merupakan langkah awal bagi seseorang pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam dan menyediakan peluang untuk pendedahan kepada dunia kerja, yang akan menjadikan graduan lebih sedar akan persekitaran kerja yang sebenar dan jangkaan industri mereka. Hal ini demikian kerana, latihan seperti ini bermanfaat kepada pelajar di masa akan datang.

Selain itu, para pelajar sedikit sebanyak dapat mengenalpasti kelemahan serta kekuatan mereka dalam mengendalikan masalah dan tugasan. Kelemahan yang telah dikenalpasti boleh ditangani dengan pengalaman yang diperolehi melalui latihan industri ini pada masa akan datang. Malahan, kecekapan perlu dipertingkatkan dan diperluaskan bagi memudahkan para pelajar untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pengalaman meskipun mengambil masa yang singkat. Seterusnya, dengan menjalani latihan industri ini juga, para pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, bantu-membantu, berdisiplin, bersikap amanah dan bertanggungjawab.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Semasa di universiti, pelajar hanya mempelajari secara teori dan akan mempraktikkan segala teori tersebut semasa menjalani latihan industri ini. Seperti yang sedia maklum, bahawa para pelajar akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi semasa menjalani latihan dimana segala masalah akan dirujuk kepada pihak pengurusan dan bukan lagi kepada pihak universiti, seperti permohonan cuti sakit. Malahan, segala perkara sulit atau rahsia yang berkaitan dengan organisasi yang ditempatkan untuk menjalani praktikal perlu dijaga dan tidak boleh dihebah-hebahkan. Sesetengah pelajar diminta untuk mentandatangani borang perjanjian sebelum menjalani latihan industri. Oleh itu, pelajar terbabit haruslah mengikut segala arahan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi kepada mereka semasa menjalani latihan industri. Akan tetapi, segala borang yang perlu ditandatangani perlu dirujuk kepada penyelaras latihan industri iaitu pihak universiti.

Semasa menjalani latihan industri, para pelajar perlu mencatat aktiviti harian mereka dan masukkan ke dalam buku laporan harian atau dikenali sebagai buku log melalui sistem ‘online’ yang disediakan oleh pihak universiti. Buku log tersebut boleh disemak secara ‘online’ oleh penyelia universiti sama ada secara harian, mingguan, atau bulanan. Catatan yang dilakukan tersebut boleh digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan ketika menulis laporan seperti yang dikehendaki.

1.2 Objektif Latihan Industri
Terdapat beberapa matlamat dan objektif latihan industri yang digariskan oleh Universiti Malaysia Sarawak. Antaranya ialah:
1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
2. Memberi peluang kepada para pelajar mempraktikkan pembelajaran atau teori mereka ke alam pekerjaan.
3. Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk belajar mendisiplinkan diri dengan peraturan di tempat kerja.
4. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri para pelajar dan mampu menjaga nama baik universiti.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Buku Laporan Latihan Industri ini merupakan salah satu perkara wajib yang harus disediakan oleh para pelajar sebagai syarat lulus kursus latihan industri ini. Hal ini demikian kerana, laporan ini merupakan salah satu bukti bahawa para pelajar telah menjalani latihan industri seperti yang telah ditetapkan. Setelah tamat menjalani latihan industri selama sepuluh minggu, para pelajar dikehendaki untuk mendokumentasikan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri tersebut. Terdapat beberapa objektif bagi penyediaan laporan latihan industri ini. Antara objektif laporan latihan industri ialah:
1. Memudahkan penyelia universiti bagi memantau kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri.
2. Menjadi salah satu bahan rujukan kepada para pelajar semasa memulakan kerja di masa akan datang.
3. Membantu para pelajar dalam meyampaikan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh latihan dalam bentuk laporan yang tersusun dan sistematik.
4. Menjadi bahan rujukan kepada organisasi yang bakal mengambil pelajar tersebut mengenai aktiviti serta perkembangan pelajar semasa menjalani latihan industri di organisasi yang ditempatkan melalui penulisan dan pengolahan laporan yang baik.

1.4 Kepentingan Latihan Industri
Terdapat beberapa kepentingan dalam menjalani latihan industri kepada para pelajar, antaranya ialah:
1. Latihan industri mampu melatih para pelajar untuk bersikap lebih disiplin dengan peraturan di tempat kerja dan menjaga hubungan sesama pekerja.
2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan serta menambahkan pengalaman dan pengetahuan mereka sebelum memulakan kerja di masa hadapan.
3. Latihan industri ini juga mampu membantu para pelajar menerapkan nilai-nilai murni seperti bersikap amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Malahan, para pelajar dapat membentuk imej serta keyakinan diri dalam memberi pendapat serta idea-idea yang bernas melalui penghasilan laporan ini.

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Pengenalan organisasi
Kementerian Kewangan Malaysia atau dikenali sebagai Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan dasar kewangan dan bajet negara bagi mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan. Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian. Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara. Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara. Memantau syarikat kerajaan yang ditubuhkan di bawah menteri kewangan diperbadankan serta pengurusan kewangan badan berkanun persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman, aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik. Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan kerajaan. Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri. Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan rakyat. Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara. Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam. Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.

x

Hi!
I'm Laurie!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out